Bayi 16 bulan dibenarkan keluar dari wad

Bayi 16 bulan yang dipercayai didera ibu bapanya dalam kejadian di Felda Jalor Air Kuning Selatan, Tampin, dilaporkan stabil dan telah dibenarkan keluar wad semalam. Mangsa dikatakan telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin Anuwal Ab Wahab, berkata bayi terbabit dipindahkan ke Hospital Hospital Tengku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah untuk menerima rawatan lanjut. Katanya, mangsa juga turut diberi bantuan pernafasan kerana sukar bernafas pada 25 Ogos lalu.

“Bayi itu dilaporkan stabil dan telah dibenarkan keluar wad semalam. Dia diserahkan kepada JKM sebelum ditempatkan di pusat jagaan kanak-kanak di Seremban,” katanya yang dipetik Berita Harian. Katanya, ibu bapanya yang masing-masing berusia 17 dan 23 tahun akan didakwa di mahkamah Tampin esok.

Pada 3 September lalu, media melaporkan seorang bayi bukan sahaja ditumbuk pada muka, malah terpaksa menahan kesakitan apabila turut dicucuh puntung rokok. Kesan ditekap dengan seterika turut kelihatan pada badan bayi lelaki berkenaan. Mangsa yang mengalami sesak nafas dibawa ke klinik kesihatan berhampiran sebelum doktor yang merawatnya membuat laporan polis. Polis kemudiannya menahan pasangan itu dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) dan Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here