Sungai Buluh, Okt-
Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba di Kampus Puncak Alam di sini, semalam, sejurus selepas menerima rawatan.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian membabitkan pelajar semester satu itu jam 10.13 malam.
“Kejadian dimaklumkan berlaku sekitar pukul 5 petang. Waktu itu pelajar berkenaan secara tiba-tiba rebah di dalam Fakulti Perhotelan.
“Beliau disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital UiTM Puncak Alam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.