Serang kekasih kerana enggan melakukan hubungan seks

KLANG – Seorang lelaki bertindak menyerang kekasihnya di sebuah rumah di Taman Sentosa di sini pada Jumaat gara-gara permintaannya untuk mengadakan hubungan seks ditolak wanita terbabit.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, wanita berusia 28 tahun yang sendirian di rumah sewanya itu telah didatangi teman lelakinya yang bertindak memotong kunci pintu pagar rumah. Suspek berusia 37 tahun itu juga telah memotong kunci pintu grill rumah terbabit.

Suspek kemudian terus memasuki rumah lalu memukul teman wanitanya di bahagian badan menggunakan tangan, katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu. Beliau berkata, selepas itu suspek telah melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu rakannya.

Tambahnya, bertindak hasil laporan polis yang dibuat mangsa, suspek bersama rakannya berusia 17 tahun berjaya diberkas sepasukan polis Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira jam 9.30 malam, hari yang sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here