PEGUAM MENINGGAL DUNIA SELEPAS PENGSAN DI PEJABAT

Kuching, Sept 8-

Seorang peguam meninggal dunia selepas pengsan di sebuah pejabat firma guaman di Gala City, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, lelaki berusia 47 tahun itu kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) menggunakan ambulans.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 3.03 petang,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Katanya, bedah siasat mangsa akan dibuat hari ini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Terdahulu, satu rakaman video menunjukkan pasukan paramedik membawa mangsa ke ambulans tular di media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here