KAJIAN PENGEMBARAAN RAJA CHOLAN BAGI MEMBANGKITKAN SEMULA SEJARAH TAMIL.  

Chennai, Sept 10-

Ketua Menteri MK Stalin  membuat 10 pengumuman penting mengenai penelitian yang khas dalam penggalian di seluruh dunia termasuk Malaysia dalam sebuah majlis.

 Kajian ini akan merangkumi Mesir, Oman, Vietnam, Indonesia, Thailand, sebahagian Empayar Rom dan termasuk Malaysia. Ketua Menteri Stalin telah mengumumkan bahawa penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengenali hala penggembaraan dan penyebaran bahasa Tamil di seluruh pelosok dunia.  

Kerajaan Tamil Nadu telah memulai usaha untuk melakukan kerja penggalian terbesar dalam sejarah India. Kerajaan Tamil Nadu telah memutuskan untuk memperluas penggalian dengan memulakan sebuah projek untuk melakukan eksplorasi di laut dan lintas laut.

Raja Cholan yang memerintah dan mentadbir tanah kebanggaan warga Tamil  melakukan penggembaraan dan meluaskan perdagangan  ke banyak negara di seluruh dunia. Hasil kajian dan bukti-bukti yang sahih menggambarkan Tanah India ketika itu merupakan kawasan perdagangan terbesar di benua Asia.

Berdasarkan bukti ini, Ketua Menteri Stalin mengumumkan arahan untuk membuat kajian secara antarabangsa.

Raja Cholan adalah seorang raja yang melakukan perdagangan  hebat di negara-negara Asia Selatan. Penggembaraan bagi tujuan memperluaskan perdagangan pada masa itu suatu peluang keemasan seluruh Asia Selatan.

Penjelajahan akan dilakukan di tempat-tempat di Asia Selatan di mana Raja Cholan telah mencatatkan kejayaannya.

Ketua Menteri Stalin berjanji usaha kajian ini akan mengenali identiti dan potensi sebenar warga India dan  keunggulan tempat-tempat bersejarah di negara ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here