KEPUTUSAN PERMOHONAN UPU BOLEH DISEMAK MULAI HARI INI

Studying, University, Student, University Student, Indian Ethnicity,

Petaling Jaya, Sept 15-

Semakan keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam sesi akademik 2021/2022 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf boleh dibuat secara dalam talian bermula hari ini.

Dalam kenyataan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkata, semakan boleh dibuat bermula 12 tengah hari hingga 25 Sept melalui pautan berikut:

Katanya, pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai esok hingga 25 Sept di laman web universiti masing-masing.

“Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh universiti awam kepada yang berjaya setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti yang dinyatakan,” menurut kenyataan itu.

Bagi pelajar yang gagal mendapat tawaran, rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline juga dalam tempoh mulai hari ini hingga 25 Sept.

“Tawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program dan universiti tidak dibenarkan.

“Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here