Mayat seorang lelaki dalam keadaan ditemui bersama motosikal

Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dengan keadaan mayatnya kembung dan berulat di tebing sedalam 7.4 meter dari bahu jalan di Jalan Serting Hilir, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Jempol Hoo Chang Hook berkata, mayat Sylvester Paren Joseph, 26, dijumpai bersama motosikal jenis Yamaha Lagenda oleh seorang wanita pada 2.30 petang dan memaklumkannya kepada polis.

Mangsa dipercayai meninggal dunia sejak seminggu lepas berdasarkan keadaan mayatnya itu. Siasatan awal mempercayai mangsa terbabit kemalangan ketika hendak pulang ke rumahnya di Serting Hilir. Apabila sampai di tempat kejadian, motosikalnya dipercayai terbabas ke kiri jalan lalu jatuh ke tebing itu katanya dalam kenyataan.

Hoo berkata, tarikh dan masa sebenar kemalangan tidak dapat dipastikan namun kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira seminggu lepas. Beliau berkata, tiada unsur jenayah ditemui setakat ini dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jempol untuk bedah siasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here