18 polis dipecat di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, Sep 20
Seramai 18 anggota dan pegawai polis di ibu negara dibuang kerja bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu kerana pelbagai kesalahan disiplin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata enam lagi diturunkan pangkat.

Katanya, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kuala Lumpur membuka 157 kertas siasatan bagi tempoh yang sama.

“Jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 164 kertas siasatan melibatkan pelbagai salah laku dalam kalangan anggota dan pegawai,” katanya, di sini hari ini.

Allaudeen berkata, polis mengambil tindakan tegas ke atas anggota yang melakukan kesalahan disiplin bagi memastikan standard perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.Katanya, kegagalan melaksanakan penyeliaan yang berkesan antara punca berlakunya salah laku dalam kalangan anggota dan pegawai polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here