Covid-19 kematian 301

Repositori data Kementerian Kesihatan di Github melaporkan sejumlah 301 kematian Covid-19 semalam (20 Sept), menjadikan jumlah korban terkumpul seramai 23,744 orang. Rekod tertinggi adalah 592 pada 11 Sep.

Daripada kematian baru yang dilaporkan semalam, 30.56 peratus atau 92 meninggal dunia sebelum mereka sempat menerima rawatan di hospital. Selangor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi dengan 130 korban, menjadikan 43.19 peratus kematian baru yang dilaporkan.

Baki kematian adalah di Johor (52), Kelantan (23), Pulau Pinang (22), Sabah (19), Perak (15), Kuala Lumpur (13), Sarawak (8), Kedah (6), Pahang (4) , Terengganu (4), Melaka (3), Negeri Sembilan (1) dan Perlis (1). Tiada kematian baru dilaporkan di Labuan dan Putrajaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here