Suami isteri ditemui maut dengan kesan tembakan pada badan dalam kejadian di Kampung Beraya Bekenu, Miri, pagi tadi. Mayat lelaki berusia 60 tahun dan isterinya, warga Indonesia berusia 40 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidur mereka, pada 7 pagi. Selaras senapang patah turut ditemui di atas dada mangsa lelaki.
Ketua Polis Daerah Miri, Hakemal Hawari, berkata sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dan anggota Balai Polis Bekenu, dikerahkan ke lokasi sebaik menerima laporan. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca dan bagaimana kejadian berlaku,katanya menurut laporan Berita Harian.





















