487 kes kematian Covid-19 semalam

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 487 kes kematian Covid-19 semalam, menurut data dikeluarkan GitHub. Daripada jumlah itu, 161 daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital (BID), dengan jumlah keseluruhan kes kematian mencecah angka 24,565.

Kes kematian paling tinggi dilaporkan di Selangor dengan 178 kes, diikuti Sabah (87), Johor (63), Kuala Lumpur (44), Pulau Pinang (36), Kelantan (26), Perak (18), Kedah (14), Pahang (lima), Negeri Sembilan (lima), Melaka (lima), Terengganu (tiga), Perlis (dua) dan Sarawak (satu).

Tiada kematian dilaporkan di Labuan dan Putrajaya. Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 201,274 kes aktif direkodkan termasuk 1,114 di unit rawatan rapi (ICU), manakala 615 memerlukan bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here