Covid-19 kes baru 13,754

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat 13,754 lagi kes baru Covid-19 hari ini. Perlis – yang merupakan negeri dengan kadar penggunaan katil ICU tertinggi – mencatatkan rekod kes baru tertinggi dengan 113 kes. Ini kali ketiga jumlah kes di negeri terkecil di Malaysia itu mencecah tiga angka.

Berikut pecahan kes baru mengikut negeri: Selangor (1,985), Johor (1,913), Sarawak (1,766), Sabah (1,629), Kelantan (1,264), Pulau Pinang (1,052), Pahang (869), Perak (844), Kedah (783), Terengganu (664), Kuala Lumpur (383), Melaka (292), Negeri Sembilan (175), Perlis (113), Putrajaya (14), Labuan (8).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here