Majlis pemulihan diperlukan -Rafidah

Kuala Lumpur, Feb.
Bekas Menteri perdagangan antarabangsa dan industri era pentadbiran Dr Mahathir Mohamad, Rafidah Aziz menggesa perdana menteri menubuhkan majlis pemulihan negara bagi menangani isu ekonomi yang memberi kesan buruk kepada rakyat setiap hari.

Rafidah Aziz menyifatkan kemerosotan nilai ringgit, peningkatan kos sara hidup dan hutang awam yang melonjak sebagai tidak boleh dipertahankan.

Bagi menunjukkan kesungguhan dalam menangani isu tersebut, beliau berkata Anwar Ibrahim perlu mempengerusikan majlis berkenaan dengan mengadakan perbincangan setiap hari dan mengambil tindakan segera menanganinya.

Rafidah mencadangkan pakar ekonomi dan wakil sektor swasta, ahli akademik serta masyarakat sivil dilibatkan kerana kerajaan dilihat tidak mampu menangani cabaran ekonomi.

“Sudah tentu ia bukan politik apabila kumpulan pengguna dan pihak lain yang prihatin membangkitkan isu ini,” katanya dalam catatan di media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here