Polis mendedahkan salinan kad UNHCR Sajat

Polis mendedah dan mengedarkan salinan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) milik usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata, Sajat yang kini sedang menunggu tawaran \ negara ketiga telah memohon kad berkenaan ketika berada di Thailand.

Katanya, Sajat kini sedang menunggu tawaran untuk ditempatkan di negara ketiga namun pihak polis akan meneruskan usaha berpandukan undang-undang sedia ada untuk membawa usahawan kosmetik itu pulang ke Malaysia. Nur Sajat juga didapati telah menukar nama samarannya kepada Bella namun dirinya masih orang yang sama,” katanya menurut laporan Kosmo!.

Turut hadir, Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed, Ketua JSJ Selangor, Nik Ezanee Mohd Faisal dan Ketua Polis Daerah Gombak, Zainal Mohamed Mohamed. Jalil berkata, kes melibatkan Sajat itu merupakan kes yang kecil sahaja melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis, iaitu menghalang tugas penjawat awam, jadi beliau menasihatkan Sajat agar pulang sahaja ke tanah air.

Kami juga yakin keluarga Nur Sajat boleh membantu menasihatkannya untuk pulang bagi menghadapi pertuduhan yang bagi kami tidaklah seberat mana, ujar beliau. Terdahulu, media melaporkan pihak polis kini sedang di dalam proses membawa pulang Nur Sajat memandangkan Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses membawa pulang orang yang dikehendaki atau penjenayah buruan dilaksanakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here