Penyebar berita palsu diburu

PUTRAJAYA –

Beliau berkata kerajaan selama ini ‘berdiam diri’ kerana merasakan masyarakat tidak akan menyebarkan berita palsu lagi namun masih ada individu yang menyebarkan berita palsu termasuk mengenai COVID-19 serta fitnah sehingga mengganggu gugat keamanan negara.

“Itu adalah titik permulaan mengapa kerajaan bertegas untuk memburu individu ini daripada terus menyebarkan fitnah terhadap kerajaan,” katanya dalam sidang media bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Eddin Syazlee Shith berhubung isu penyebaran berita palsu dan fitnah di sini hari ini.

Mohamed Hanipa berkata walaupun Akta Antiberita Tidak Benar 2018 telah dihapuskan, namun beliau percaya undang-undang sedia ada cukup untuk membendung gejala berita palsu.

“Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak dahulu sebarang maklumat yang diperoleh,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here