SEORANG MAUT AKIBAT KEMALANGAN MELIBATKAN DUA BUAH LORI

Sepang, Sept 29-

Sebuah kemalangan melibatkan dua buah lori berlaku di Sepang  pada awal pagi tadi.

 Hasil siasatan awal yg dijalankan mendapati kedua-dua lori dipandu di lorong paling kiri dari arah yang sama, di KLIA menghala ke Nilai.

Tiba –tiba di Lebuhraya ELITE, kenderaan pertama telah melanggar bahagian belakang kiri kenderaan yang satu lagi. Akibat dari perlanggaran tersebut seorang mangsa berbangsa Melayu berumur 32 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dan telah dibawa ke Hospital Serdang. Seorang lagi berbangsa India berumur 38 tahun dari Muar Johor.

Lori jenis Hino mengalami kerosakan keseluruhan di bahagian hadapan. Manakala satu lagi lori jenis Volvo mengalami bengkok pada besi penghadang kiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here