Tak benar remaja meninggal selepas divaksin, kata Pengarah Kesihatan Sabah

Pengarah Kesihatan Sabah, Dr Rose Nani Mudin menolak video tular yang mendakwa seorang remaja meninggal dunia selepas disuntik vaksin Covid-19 di Lahad Datu. Beliau dalam kenyataan berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung rakaman video tular itu.

Berdasarkan pemantauan JKNS katanya, 80% hingga 90% pesakit di Unit Rawatan Rapi adalah individu yang belum divaksin. JKNS menyeru ibu bapa dan penjaga segera mendaftar remaja di bawah jagaan mereka untuk mendapatkan vaksin demi perlindungan diri dan keluarga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here