Kuala Lumpur, Dis-
Pemilihan Majlis Peguam menyaksikan ahli kumpulan campuran diundi, di sebalik kempen supaya wakil masing-masing dipilih bagi penggal 2025-2026.
Dalam keputusan diumumkan awal pagi ini, 10 daripada 16 penyandang kembali, membentuk kumpulan pelbagai kaum walaupun timbul kebimbangan terhadap desakan NGO yang dikatakan mahu 15 calon Melayu dan seorang Cina dipilih.
Keseluruhannya, seramai 42 calon bertanding pada pemilihan itu.
Sejumlah 6,173 daripada 24,262 kertas undi dikembalikan – bersamaan 28% kadar penyertaan dalam proses pemilihan selama sebulan, berakhir pada Sabtu lalu.
Tiga calon meraih undi tertinggi adalah peguam dari firma terkemuka Azmi Mohd Ali, Gregory Das, dan V. Kokila Vaani, bekas ketua Badan Peguam Selangor. Semuanya sedang berkhidmat dalam penggal 2024-2025.
Penyandang lain yang kembali dipilih adalah Abhilaash Subramaniam, Collin Arvind Andrew, Farez Ali Jinnah, Kee Hui Yee, Larissa Ann Louis, Peter-Douglas Ling, dan Yasmeen Mohd Shariff.
Muka baharu terpilih adalah Murshidah Mustafa, S. Vivekananda, Abang Iwawan Narawi, S.Anishaa, S. Ravi Chandran, dan Fariz Irwan Mustafa.