Seorang wanita disyaki memukul kanak-kanak autisme ditangkap

Polis menahan seorang wanita warga Singapura yang juga pengurus di pusat intervesi kanak-kanak kerana dipercayai memukul seorang kanak-kanak autisme, semalam. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita terbabit ditahan selepas polis menerima laporan yang dibuat bapa mangsa kelmarin. Siasatan awal mendapati, bapa mangsa menghantar anaknya yang berusia 6 tahun ke pusat intervensi terbabit Jumaat lalu pada jam 8.45 pagi.

Namun ketika mengambil anaknya pada jam 12.45 tengahari, petugas di pusat terbabit memberitahu ada kesan kemerahan pada tepi dahi kiri kerana mangsa menghantukkan kepala pada meja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Mohamad Farouk berkata, mangsa kemudian melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan melihat suspek bertindak kasar kerana anaknya enggan makan.

Susulan itu, polis kemudian bertindak menahan suspek yang berusia 51 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya selepas diambil keterangan.Suspek kini ditempatkan di lokap bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001,katanya. Terdahulu, bapa mangsa memuatnaik gambar dan rakaman CCTV di laman Facebook mendakwa anaknya dipukul di pusat intervensi terbabit. Hantaran yang dibuat itu kemudian tular dan netizen meminta tindakan tegas diambil keatas pemilik pusat intervensi terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here