Sanggup tipu bapa kononnya diculik

Muar: Tiga beradik sengaja membuat panggilan palsu terhadap bapanya yang menyatakan mereka diculik dan perlu mendapatkan sejumlah wang tebusan. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, dalam kejadian pada Jumaat lalu, tiga suspek wanita berusia antara 25 hingga 32 tahun itu membuat panggilan telefon kepada bapanya mengatakan kononnya mereka dikurung.

Mangsa (bapa ketiga-tiga suspek) berusia 66 tahun itu segera membuat laporan polis berhubung kejadian menimpa anaknya. Menurut mangsa, melalui panggilan telefon, anaknya memaklumkan bapa mereka perlu menyediakan sejumlah wang jika mahu dilepaskan katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ketiga-tiga suspek berkenaan kini direman bermula hari ini hingga Khamis mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan. Setakat ini, polis sedang menyiasat motif kejadian dan memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang laporan jenayah palsu, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here