Pekerja perabot terbunuh, 11 ditahan membantu siasatan

Polis menahan 11 individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes pekerja kedai perabot disyaki dibunuh di Taman Serdang Utama, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, sembilan warga tempatan dan dua warga asing berusia antara 33 hingga 64 tahun ditahan. Polis sudah mengambil keterangan awal kesemua individu itu.

Mereka akan direman di Mahkamah Petaling Jaya katanya dalam kenyataan hari ini.  Tambah AA. Anbalagan, bagaimanapun, senjata yang digunakan dalam kejadian itu sedang dikesan. Terdahulu media melaporkan, lelaki berusia 43 tahun ditemukan meninggal dunia dengan kesan tetakan di badan dalam rumah papan pada 6.07 petang di Jalan Kuyuh, Taman Serdang Utama, Seri Kembangan.

Anbalagan dilaporkan berkata, pemeriksaan mendapati beberapa kesan tetakan di kepala, rusuk kanan, belakang badan dan kedua lengannya. Ujarnya, tempat kejadian adalah rumah papan satu tingkat yang tidak berpagar.  Dalam rumah terdapat beberapa bilik yang dibuat menggunakan papan sebagai dinding dan disewakan katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here