Lelaki rentung rumah terbakar

Kuala Lumpur: Lelaki ditemukan rentung di dalam bilik air selepas rumah teres dua tingkat di Taman Sri Petaling, di sini, terbakar, awal pagi ini Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan pada 1.11 pagi.

Komander Operasi Kanan JBPM Kuala Lumpur, Mohd Haikal Md Kasri berkata, pasukan operasi terdiri daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Petaling, balai bantuan BBP Seputeh dan BBP Jalan Hang Tuah dengan kekuatan 18 anggota. Menurutnya, sebaik tiba anggota terus menjalankan operasi pemadaman.

Pada 2 pagi kebakaran dapat dikawal dan padam sepenuhnya pada 3.11 pagi.
a menemui mayat lelaki berusia 54 tahun dalam keadaan rentung di bilik air bahagian atas, katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here