Tergamam bayi 6kg

Washington: Pasangan suami isteri dari Arizona, Amerika Syarikat gembira menyambut kelahiran bayi lelaki mereka yang seberat 6.4 kilogram (kg). Fox News melaporkan Cary dan Tim Patonai memperoleh kegembiraan berganda dengan kelahiran Finnley yang mempunyai berat yang berbeza daripada bayi lain.

Cary melahirkan cahaya matanya itu ketika kandungannya berusia 38 minggu di Pusat Perubatan Bammer Thunderbird di Glendale, Arizona, 4 Oktober lalu. “Air ketuban saya pecah ketika kandungan semakin berat, jadi pembedahan diawalkan sehari,” kata Cary.

Perkara luar biasa kepada Finnley adalah pada usia masih kecil, bayi itu sudah boleh mengenakan pakaian untuk individu berumur enam hingga sembilan bulan.Doktor pada mulanya menjangkakan bayi itu hanya mempunyai berat kira-kira lima kg namun rupa-rupanya beratnya melebihi enam kg.

Ia melebihi berat purata bayi baru lahir iaitu antara tiga hingga 3.6 kg. Sebaik sahaja mereka menariknya keluar… mereka seperti; ‘Tuhanku, besarnya!’ Semua orang panik seperti saya kerana tidak pernah melihat bayi yang besar dan saya tidak boleh mempercayainya. Begitu sempurna dan bulat dalam segala hal. Dia seperti anak patung beruang kecil saya, kata Cary kepada Fox 10.

Finnley adalah anak ketiga pasangan itu. Dua lagi anak mereka iaitu Devlen, 10, dan Everett, 2, juga dilahirkan menerusi pembedahan. Bayi itu menghabiskan masa selama lapan hari di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Disebabkan bayi itu bersaiz besar, keluarganya perlu membeli lampin dan pakaian yang lebih besar untuknya Saya mahu dia memakai pakaian yang kami simpan daripada dua saudaranya yang lain, tetapi semua yang kami ada terlalu kecil, katanya.

Doktor berkata, dia belum pernah melihat bayi sebesar Finnley dalam kariernya selama 30 tahun. Mei lalu, seorang wanita berusia 27 tahun terkejut selepas melahirkan bayi lelaki yang beratnya 5.4 kg dengan ketinggian 60 sentimeter.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here