76 lagi meninggal dunia, jumlah kematian kini 28,138

Kementerian Kesihatan melalui laman web Github melaporkan sejumlah 76 kematian akibat Covid-19 semalam (20 Okt), menjadikan jumlah kematian terkumpul adalah seramai 28,138 orang

Daripada jumlah kematian yang dilaporkan semalam, 14 orang atau bersamaan 18.4 peratus meninggal dunia sebelum mereka sempat menerima rawatan di hospital.

Malaysia adalah negara dengan prestasi terburuk di Asia dalam jumlah kematian Covid-19 per kapita. Sarawak mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi sebanyak 12 orang, atau 15.8 peratus daripada jumlah kematian yang dilaporkan.

Ini diikuti Johor yang merekodkan 11 kematian, Sabah (10), Kedah (9), Pulau Pinang (8), Selangor (6), Perak (5), Pahang (4), Terengganu (4), Kelantan (3), Melaka (2), Negeri Sembilan (1) dan Perlis (1). Tidak ada kematian baru dilaporkan di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here