Gempa Bumi Bermagnitud 6.1 Landa Laut Jawa, Gegaran Dirasai Hingga Ke Pulau Bali

Gempa bumi bermagnitud 6.1 dikesan di Jepara, Jawa Tengah pada pukul 5.54 pagi tadi (waktu Indonesia Barat) di kedudukan 5.77 latitud selatan dan 110.64 longitud timur.

Memetik laporan News Detik, gempa tersebut berpusat di laut dengan jarak kira-kira 85 kilometer dari arah utara, Mloggo, wilayah tersebut dengan kedalaman sejauh 539 kilometer.

Menurut Pengarah Pusat Gempa Bumi dan Tsunami BMKG, Rahmat Triyono, gegaran tersebut dipercayai merupakan jenis gempa bawah laut yang berpunca daripada geseren permukaan bumi di Lautan Jawa.

Menurut laporan Kompas.com, gegaran turut dirasai di kawasan-kawasan. Jawa Barat, Banten, Bali dan Nusa Tenggara.

  “Dengan memperhatikan lokasi epicentre dan kedalamannya, gegaran tersebut yang terjadi merupakan jenis gempa bumi dalam akibat adanya pergeseran.

“Hasil analisis kajian menunjukkan gegaran tersebut memiliki mekanisme pergerakan turun (normal fault),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, gegaran itu bukan amaran bagi tsunami.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here