Kluster Puncak Ilmu babit 41 penuntut, kakitangan UMS

Kota Kinabalu: Satu kluster pendidikan menjadi kluster baharu Covid-19 yang dikesan di Sabah.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, ia membabitkan 41 penuntut dan kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini. Kes indeks kes bagi kluster ini ialah seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun.

“Kes indeks yang mula bergejala sejak 1 Disember kemudiannya disahkan positif Covid-19 melalui saringan di Pusat Perubatan UMS pada 2 Disember lepas dan selesai menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) UMS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here