Bayaran RM500 buat 870,000 pekerja hilang pendapatan mulai esok

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 secara sekali beri kepada individu yang hilang pendapatan, akan dibayar mulai esok. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, hampir 870,000 individu yang hilang pendapatan sepanjang tahun ini akan menikmati bantuan yang bertujuan meringankan beban mereka.

Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sentiasa terbela. Bagi membantu rakyat yang terkesan, Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan diberikan secara ‘one-off’ mulai Selasa, 26 Oktober 2021.

Semua bantuan ini membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, katanya dalam kenyataan, hari ini.BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Perkeso sepanjang dalam tahun 2021.

Mereka yang ingin menyemak status kelulusan BKP boleh berbuat demikian melalui portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my mulai esok. Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini  kata Ismail Sabri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here