Sejarah Nama Melaka Malacca Yang Sebenar -benarnya?

Minggu ini heboh di mana kerajaan Melaka telah sebulat suara untuk tukar nama Malacca yang jadi siulan dan sebutan terutamanya pelancong luar negara kepada nama Melaka semata.

Semuanya dilakukan dengan harapan segala bentuk promosi dan pemasaran pelancongan negeri Melaka diseragamkan kepada nama Melaka semata.

Siap masih ingat lagi penulisan buku teks sejarah zaman-zaman sekolah dahulu. Cikgu ajar apa? Siapa yang letak nama Melaka ini? Tidak lain tidak bukan Parameswara pengasas negeri Melaka.

Daripada kisah kancil aka pelanduk menendang anjing perburuannya di tepi Sungai Melaka aka sekarang dah ada (Melaka River Cruise), sehingga terkeluar idea untuk meletakkan nama Melaka

Tercatat sejarah nama Melaka Malacca adalah berpunca dari nama pokok Melaka sedang disandar Parameswara ketika menonton dan menyaksikan insiden kancil dan anjing tersebut.

Ya benar nama Malacca adalah sebutan dalam bahasa Inggeris. Dan bagi MyMelaka sendiri ia adalah satu keputusan yang bijak terutamanya dalam menyeragamkan sebutan dikalangan pelancong asing yang pulang semula ke negara masing-masing.

Bukankah itu nanti akan menyebabkan ada yang ‘konfius’ terutamanya yang tidak dapat menjelaskannya dengan baik? Melaka ker Malacca? Setuju?

Ia juga baik dari perancangan bahan-bahan promosi pelancongan selepas ini.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here