Polis tembak tayar kereta cuba langgar anggota PDRM

Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah sebuah kereta yang cuba melanggar anggotanya selepas diarah berhenti kerana dipandu secara berbahaya di Tumpat, semalam.

Setibanya di tepi jalan berhampiran Pasar Wakaf Baharu, pihak polis cuba memberhentikan kenderaan tersebut tetapi suspek enggan memberikan kerjasama sebaliknya mengundurkan kenderaan dan cuba melanggar anggota polis.

Ekoran itu polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar belakang sebelah kanan kereta dan menahan lelaki tersebut, katanya dalam kenyataan hari ini. Muhamad Zaki berkata pemeriksaan ke atas suspek menemukan 943 biji pil Yaba bernilai RM9,430.Hasil ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis methampethamine.

Katanya lelaki berasal dari Tumpat dan mempunyai 11 rekod jenayah lampau berkaitan dadah serta jenayah kekerasan itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah dan Seksyen 307 serta 279 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan memandu secara melulu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here