Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 4,343 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,506,309. Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam 175 hari, sejak 16 Mei. Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 7.3 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.
Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Negeri Sembilan (+26.3 peratus) dan Terengganu (+16.0 peratus). Sejak 9 Okt, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.
Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Nov 6) di mana 4,701 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut: Selangor (1,063), Sabah (569), Sarawak (499), Johor (395),
Kelantan (379), Kuala Lumpur (268), Pahang (267), Kedah (232), Pulau Pinang (225),
Perak (201), Terengganu (201), Melaka (172),Negeri Sembilan (149),Putrajaya (41),
Perlis (30), Labuan (10).