PM rayu secara peribadi lepaskan Nagaenthran dari tali gantung

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob secara peribadi merayu kepada rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong agar rakyat Malaysia, Nagaenthran K Dharmalingam dilepaskan daripada hukuman gantung. Ini bagi membolehkan petisyen pengampunan baru difailkan.

Nagaenthran yang menghadapi masalah kurang upaya intelek- dijatuhkan hukuman mati pada Rabu (10 Nov) – atas tuduhan mengedar dadah. Dalam surat yang dilihat olehMalaysiakini , Ismail menegaskan dia tidak berniat untuk campur tangan dalam undang-undang Singapura tetapi merayu kelonggaran diberikan atas “alasan kemanusiaan”

Walaupun saya perhatikan bahawa proses undang-undang telah selesai, saya mengemukakan rayuan ini untuk kelonggaran semata-mata atas dasar kemanusiaan, tanpa sebarang niat untuk campur tangan dalam proses kehakiman Singapura . Sebagai seorang peguam, saya tahu bahawa sistem perundangan dan kehakiman Malaysia dan Singapura berkongsi banyak persamaan.

Saya percaya masih ada ruang untuk kerajaan Singapura mempertimbangkan untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan dan membenarkan petisyen baru untuk pengampunan Presiden dalam kes Encik Nagaentran. Saya amat berharap anda akan memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap rayuan ini ,” menurut surat kepada Lee bertarikh 3 Nov.

Peguam Nagaenthran mengemukakan cabaran undang-undang dalam usaha menyelamatkannya. Kes itu akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Singapura pada jam 2.30 petang esok. Wisma Putra sebelum ini turut menulis kepada Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan mengenai kes itu tetapi tidak meminta hukuman mati itu dibatalkan.

Bantahan awam, jadi tajuk berita antarabangsa

Pada 2011, Nagaenthran dijatuhi hukuman mati kerana mengedar 42.72g diamorphine ke Singapura dua tahun sebelum itu. Heroin diperbuat daripada diamorphine. Rayuan dan petisyen pengampunan sebelum ini gagal untuk melepaskannya daripada hukuman.

Semenjak tarikh pelaksanaan hukuman itu diketahui, kes itumencetuskan bantahan awam dengan perhatian khusus terhadap kecerdasan intelek (IQ) nya yang lebih rendah daripada purata iaitu 69 dan isu kesihatan mental yang lain. Petisyen dalam talian yang meminta presiden Singapura Halimah Yacob memberikan pengampunan terhadap Nagaenthran  telah memperoleh lebih 59,000 tandatangan, setakat berita ini ditulis.

Kumpulan anti-hukuman mati dan peguam melancarkan kempen #SaveNagaenthran, menggesa republik itu menukarkan hukuman mati kepada hukuman seumur hidup. Selain Malaysia dan Singapura, saluran berita seperti Sydney Morning HeraldViceThe Washington Post dan rangkaian berita global Associated Press turut melaporkan kes itu.

Sebagai respons, Kementerian Dalam Negeri Singapura (MHA) yang memetik keputusan mahkamah berkata keupayaan mental Nagaenthran atas kesalahannya  tidak terjeja dengan ketara dan dia “memahami dengan jelas” bahawa membawa dadah adalah perbuatan jenayah.

Ketika tekanan dan pertanyaan daripada pihak media semakin meningkat, MHA sekali lagi menyebut mengenai keadaan mentalnya semalam.  Ia berkata beberapa pakar psikiatri memberitahu mahkamah yang Nagaenthran “tidak memliki kelainan intelek” dan “tahu apa yang dia lakukan”. Peguam Nagaenthran mempertikaikan dakwaan ini dan mengkritik MHA kerana meneruskan pelaksanaan hukuman mati.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here