Sekolah 5 negeri buka mulai 21, 22 November

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pengoperasian institusi pendidikan di bawah seliaannya di Kedah akan bermula pada 21 November ini. KPM dalam satu kenyataan berkata bagi institusi pendidikan di Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah pula, operasinya akan bermula pada 22 November.

Tarikh pengoperasian itu mengambil kira pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 5 November lalu berkaitan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah berkuat kuasa hari ini. Ini akan membabitkan kehadiran murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta kelas peralihan dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di sekolah menengah  kata kenyataan itu.

KPM menjelaskan, insitutusi pendidikan di bawah seliaannya turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan pihaknya bagi kategori sekolah dan kategori pusat. KPM menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri. KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik, kata kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here