COVID-19: 34 kematian baharu direkod

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 34 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kini sebanyak 32,310 orang, daripada 3.17 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 12 daripada 34 kematian yang berlaku di hospital luar atau bring-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah besar kes tertunggak dengan ada antara kes kematian dunia beberapa minggu lalu. Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 243,342 kes aktif COVID-19 di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 230,491 individu atau 94.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,414 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC). Sebanyak 7,199 pesakit dirawat di hospital dan 238 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). Kes ICU membabitkan 108 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 130 lagi memerlukan mesin ventilator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here