13 motosikal hangus terbakar

Georgetown: Tiga belas motosikal yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan Blok 3 Flat Desa Mawar di Lintang Kampung Melayu, di sini musnah dalam kebakaran awal pagi hari ini. Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong dimaklumkan kejadian itu pada 4.12 pagi.

Komander operasi Sharel Anuar Mawarday berkata, pihaknya tiba di lokasi pada 4.21 pagi dan mendapati 13 motosikal marak terbakar. Kebakaran berlaku di kawasan parkir menyebabkan 13 motosikal musnah. Punca kebakaran masih dalam siasatan katanya. Terdahulu, katanya api berjaya dikawal pada 4.26 pagi dan padam sepenuhnya 4.32 pagi. Operasi tamat pada 4.46 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here