4 wanita antara 22 ditahan berparti

Seramai 22 individu termasuk empat wanita ditahan polis ketika berhibur dalam ‘parti tertutup’ di sebuah rumah inap di Taman Pura Kencana, Sri Gading dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat membuat satu serbuan ke atas sebuah rumah inap pada jam 1.30 pagi.

Hasil pemeriksaan di rumah teres dua tingkat berkenaan yang dipercayai disewa dua hari mendapati seramai 22 orang warga tempatan berada di dalam rumah berkenaan. Ketika serbuan, kesemua suspek sedang berkumpul dan berhibur sambil mendengar muzik serta dipercayai di bawah pengaruh dadah, katanya dalam kenyataan dekat sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here