89 Kawasan kerap banjir NADMA memberi tumpuan

Putrajaya, Sep 22
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan memberi tumpuan kepada 89 daerah ‘hotspot’ banjir yang dikenal pasti di seluruh negara menjelang peralihan Monsun Timur Laut bermula November ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata sebanyak 77 daerah daripada jumlah itu adalah kawasan sering berlaku banjir.

Katanya, kebanyakannya membabitkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

NADMA sudah diarah memantau pelaksanaan persiapan banjir khususnya di daerah berisiko besar kerana berdasarkan data Monsun Timur Laut tahun lalu, sebanyak 89 daerah di seluruh negara dilanda bencana ini.Daripada jumlah itu, ada 77 daerah dilanda banjir berulang dalam tempoh Monsun Timur Laut bermula November 2022 hingga Mac lalu, sama ada lokaliti kampung yang sama atau berbeza tetapi dalam daerah sama, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here