Bot terbalik, remaja perempuan dikhuatiri lemas

Sandakan : Seorang remaja perempuan dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki terbalik dalam satu kejadian di perairan Kampung Semawang, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, mangsa berusia 14 tahun dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang ke kampung bersama tiga lagi individu.

Difahamkan, mangsa bertolak menaiki bot dari Kampung Semawang Darat pada jam 6 petang sebelum bot digunakan terbalik. Tiga individu berkenaan kemudiannya diselamatkan penduduk kampung berdekatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya kemudian menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.50 malam. Menurutnya, sejurus itu sepasukan lima anggota bomba dari BBP Sandakan dihantar ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Bagaimanapun, mangsa belum ditemui dan SAR ditangguh pada malam tadi. SAR kemudiannya disambung pada pagi ini dan sedang giat dijalankan,katanya ketika dihubungi, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here