Covid-19 kes baru 5,551

Malaysia mencatatkan pertambahan kes baharu COVID-19 melebihi 5,000 untuk dua hari berturut-turut iaitu sebanyak 5,551 kes setakat jam 12 tengah hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes berkenaan menjadikan sehingga kini jumlah individu dijangkiti virus itu meningkat kepada 2,649,578 kes.

Beliau turut berkata, sebanyak 1,115 katil di hospital disediakan untuk merawat kes kritikal jangkitan COVID-19. Beliau berkata, Sarawak menyediakan katil tertinggi iaitu 160 unit, diikuti Sabah (140) dan Kedah (130). Katanya, ia diikuti Selangor sebanyak 98 katil, Perak (85), Pahang (81), Johor (74) dan Kelantan (72). Kementerian Kesihatan (KKM) kini menyediakan 2,878 unit ventilator bagi kegunaan pesakit COVID-19, katanya menerusi Twitter, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here