Istana Pahang tarik balik darjah kebesaran, pingat! Jika pamer

Kuantan, Okt 14.
Penerima darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang yang mempamer atau melekatkan lambang darjah kebesaran atau pingat berkenaan pada kenderaan mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk penarikan balik darjah serta pingat yang dikurniakan itu.

Tindakan dikenakan itu selaras mengikut Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017, membabitkan gelaran atau anugerah yang dikurniakan Sultan Pahang.

Selain itu, mereka yang didapati menggunakan gelaran palsu juga boleh didakwa mengikut peruntukan sama.

Susulan itu, Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman, memberi peringatan kepada penerima darjah dan pingat kebesaran Pahang untuk tidak mempamer atau melekatkan lambang darjah kebesaran atau pingat pada kenderaan mereka. Beliau berkata, peringatan itu dibuat selepas dititahkan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang kini bersemayam di Istana Negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here