Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 3,504 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,695,143. Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 5.6 peratus berbanding tujuh hari sebelum ini.
Bagaimanapun, berbeza dengan trend kebangsaan, jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di beberapa negeri telah meningkat Antaranya, Pulau Pinang (+27.8 peratus) dan Negeri Sembilan (+27.1 peratus).
Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.
Pecahan mengikut negeri untuk semalam (12 Disember) yang mencatatkan 3,490 kes adalah seperti berikut: Selangor (954), Kelantan (329), Johor (322), Pahang (301), Pulau Pinang (243), Perak (241), Sabah (197), Kuala Lumpur (194), Kedah (169), Melaka (150), Negeri Sembilan (149), Terengganu (144), Sarawak (54), Labuan (21), Putrajaya (15), Perlis (7).





















