Kuala Lumpur, Mac.
Atlet memanah para negara, G. Daneshen berjaya melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Paris 2024, selepas meraih perak acara compound lelaki pada Kejohanan Ranking Dunia Memanah Para Fazza kelapan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.
Atlet berusia 26 tahun itu, muncul naib juara selepas tewas 133-143 kepada pemanah Austria, Michael Meier pada final kategori kelayakan Paralimpik, yang bakal berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 Sept ini.
Terdahulu, pemanah di ranking dunia ke-32 itu, berjaya mengatasi cabaran Sakon Inkaew dari Thailand 140-139 pada separuh akhir dan Wu Chung Hung dari Taiwan 138-136 pada suku akhir kejohanan kelayakan dunia terakhir itu.





















