Penculik kanak-kanak ditahan polis

Johor Bahru: Lelaki yang melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di hadapan rumah di Taman Teratai, Kangkar Pulai, berjaya ditahan polis semalam. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan jam 4.45 petang di Kampung Kangkar Baru, Yong Peng oleh pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah Johor.

Katanya, pada Selasa lalu, suspek melarikan kanak-kanak perempuan jam 5.30 petang dengan menaiki kereta. Kemudian suspek membawa mangsa ke Stulang Laut dan melakukan samun terhadap seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berumur lingkungan 20 tahun, mengakibatkan kerugian anggaran RM500. Selepas itu, mangsa diarahkan oleh suspek untuk merakam kejadian amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di dalam kereta dipandu suspek.

 

Suspek kemudian meninggalkan lelaki OKU terbabit di tepi jalan Stulang Laut dalam keadaan selamat. Manakala kanak-kanak terbabit yang dalam ketakutan serta trauma ditemui orang awam di hadapan kedai makan di Kangkar Pulai,” katanya dalam kenyataan hari ini. Ayob Khan berkata, suspek direman lima hari bermula hari ini hingga 20 Disember. Katanya, kereta suspek jenis Proton Waja berwarna kelabu dan sebuah telefon bimbit dirampas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan, katanya. Semalam, media melaporkan sepasang suami isteri trauma selepas anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun hilang dipercayai diculik di hadapan kediaman mereka di Taman Teratai, di sini, pada Selasa. Bagaimanapun mangsa ditemui selamat di belakang barisan rumah kedai kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya, enam jam selepas dia dilaporkan hilang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here