Air pasang besar: MPK tempatkan anggota 24 jam

Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersiap sedia menghadapi fenomena air pasang besar yang dijangka melanda 11 kawasan di daerah ini.

Timbalan pengarah penguat kuasa berkata pihaknya menempatkan anggota di kawasan terlibat yang bertugas 24 jam dengan tiga waktu giliran membabitkan dua pasukan.

“Kawasan terlibat ialah Kampung Tok Muda, Sungai Pinang Pulau Indah, Pandamaran, Pelabuhan Klang, Kampung Sungai Serdang, Ban Sementa, Ban Sungai Keramat, Kampung Perempat, Pelabuhan Utara, Telok Gong dan Pulau Ketam,” kata Sharul Hazri Abdul Majid.

Beliau menjelaskan setakat ini empat pusat pemindahan disediakan bagi menghadapi fenomena tersebut.

Pusat berkenaan ialah Dewan Serbaguna Kampung Sungai Serdang, Sekolah Rendah Agama Kampung Batu 4 Jalan Kapar, Dewan Kompleks Sukan Pandamaran dan Dewan Serbaguna MPK Pelabuhan Klang.

Fenomena diramal berlaku pada 19 dan 20 September, 17 sehingga 19 Oktober serta 15 dan 16 November dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.8 meter.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here