Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan ada sebanyak 3,386 kes baru Covid-19 dikesan. Ia menjadikan kes kumulatif terkini sebanyak berjumlah 2,761,472. Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 4.4 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.
Kadar kebolehjangkitan meningkat ke arah 0.98 setakat semalam daripada 0.88 pada 25 Dis tetapi kekal di bawah nilai ambang 1.0. Nilai itu mesti dikekalkan di bawah 1.0 untuk mengelakkan pertumbuhan eksponen dalam jangkitan baru.
KKM hanya mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow. Pecahan mengikut negeri untuk kes 3,573 baru yang dilaporkan KKM semalam ialah seperti berikut: Selangor 949, Johor 382, Kelantan 379, Pahang 315, Pulau Pinang: 238, Sabah 231, Kuala Lumpur 205,Kedah: 200, Perak 175, Negeri Sembilan 154,Melaka 150, Terengganu 135, Putrajaya 24, Perlis 15, Sarawak 14,Labuan 7.





















