Jalan 5 daerah Kelantan jejas teruk

Kota Bharu, Dis-

Jalan raya di lima daerah di Kelantan termasuk Tumpat dan Gua Musang dikenal pasti terjejas teruk akibat banjir besar yang melanda negeri ini beberapa hari lalu.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, daerah lain yang turut terlibat ialah Pasir Mas, Tumpat, Machang dan Tanah Merah.

“Anggaran kos pembaikan bagi keseluruhan jalan di negeri Kelantan yang terjejas akibat bencana banjir sehingga hari ini (Isnin) sebanyak RM22.5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mendengar Laporan Taklimat Laporan Semasa Banjir Negeri Kelantan ketika sesi lawatan pada Isnin.

Jelas beliau, anggaran kos pembaikan tidak termasuk pembaikan permukaan jalan yang di tenggelami air dan kemungkinan juga akan mengalami kerosakan.

Bagaimanapun kata Ahmad lagi, pihaknya akan usahakan kos melalui Kementerian Kewangan atau Agensi Pengurusan Bencana (Nadma) dengan memohon bajet tambahan akibat bencana ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here