MPS kesan 22 tapak buang sampah haram, keluar 57 kompaun

Sebanyak 22 tapak pembuangan sampah haram berjaya dikesan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sepanjang tahun ini.

Yang Dipertua Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor berkata dalam tempoh sama, 57 kompaun dikeluarkan terhadap syarikat dan individu yang melakukan aktiviti tersebut.

“Ia membabitkan 13 di Rawang, Gombak dan Kepong masing-masing empat dan satu di Selayang.

“Kami mengeluarkan notis kacau ganggu serta kompaun di bawah Seksyen 4, Undang-undang Kecil (UUK) Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MPS 2007,” katanya.

Tambah beliau, tindakan sitaan juga dilakukan di bawah Seksyen 21 UUK Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MPS 2007.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here