Sesi perjumpaan penghuni penjara ditangguh

KUALA LUMPUR: Sesi perjumpaan antara keluarga dengan penghuni di seluruh institusi Penjara Malaysia ditangguhkan serta merta berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini.

Jabatan Penjara Malaysia berkata dalam satu kenyataan media penangguhan itu berkuat kuasa mulai hari ini hingga 31 Mac.

Menurut kenyataan itu, penangguhan berkenaan juga termasuk lawatan ke Muzium Penjara Bandar Hilir, Melaka, Program dan Lawatan melibatkan pihak peguam, Polis Diraja Malaysia (PDRM), kedutaan dan badan bukan kerajaan (NGO).
Tindakan diambil adalah bagi mencegah penularan wabak Koronavirus 2019 (COVID-19) dalam institusi penjara, menurut kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here