Sah tiada unsur jenayah

Manjung: Polis Perak mengesahkan penemuan mayat lelaki dan tiga wanita yang terapung di perairan Pulau Jarak, Pulau Pangkor di sini, semalam tiada unsur jenayah. Ketuanya Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, semua individu itu juga dipercayai warga Indonesia, namun siasatan lanjut masih dilakukan sama ada berkait laporan polis yang dibuat di Sekinchan, Selangor mengenai bot karam pada 25 Disember lalu.

“Ujian saringan ke atas semua mayat mendapati negatif Covid-19. Keputusan bedah siasat pagi tadi (semalam) mendapati tiada sebarang unsur jenayah,” katanya ketika dihubungi. Mior Faridalathrash berkata, pemeriksaan ke atas mayat juga tidak menemui kesan suntikan imunisasi BCG pada lengan, manakala anggaran usia tidak dapat dipastikan berikutan tubuh yang mereput.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here