2,842 kes baru Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 2,842 kes baru Covid-19 direkodkan, menjadikan kes kumulatif kini berjumlah 2,769,886. Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 5.1 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

KKM hanya mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow. Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Jan 3) pula melibatkan 2,690 kes dengan pecahannya adalah seperti berikut: Selangor 673, Johor 329, Kelantan 272, Kedah 254, Terengganu 173, Kuala Lumpur 167, Sabah 161, Pulau Pinang 160, Pahang 158, Melaka 121, Perak 112, Negeri Sembilan 71, Putrajaya 13, Sarawak 12, Perlis 12, Labuan 2.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here