Beruk bantu Pok Joh cari rezeki

Kota Bahru, Okt 25.
Hampir setiap hari sejak lebih 10 tahun lalu, khidmat seorang lelaki bersama tiga beruk peliharaannya ditagih untuk memetik kelapa sekitar Kota Bharu dan Tumpat.

Adakala Hamzah Mohamad, 46, atau lebih dikenali sebagai Pok Joh, berperahu bersama haiwan peliharaannya itu ke kampung tertentu bagi memetik kelapa tua atau muda mengikut permintaan pelanggan.

“Kami memetik kelapa di sekitar Kota Bharu, Tumpat dan beberapa perkampungan di pulau, termasuk Pulau Beluru, Pulau Seratus dan kampung berdekatan mengikut permintaan pelanggan.

Tiga beruk yang dibeli antara RM450 hingga RM600 seekor mendengar arahan kerana mereka sudah dihantar ke ‘sekolah’ memetik kelapa, semua sudah mahir melakukan kerja itu.”Untuk memastikan mereka melakukan kerja dengan baik, saya akan memberi makan dan minum yang cukup,” kata bapa tiga anak ini yang tinggal di Kampung Pok Joh, dekat Tumpat.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here